Nak Souvenier best?

Linda Onn bakal mengerjakan haji



Bersama keluarga dan sebahagian kumpulan umrah yang dibawa oleh gemilang Travel & tours.


KATA Linda Onn, kesempatan buat kali keempat menjejakkan kaki ke bumi Mekah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah pada Jun lalu, sukar sekali diluputkan dari ingatannya.

Ditemani ibu, Saadiah Khamis, 68, ayah, Onn Chik, 77, serta empat ahli keluarganya yang lain, penyampai radio Suria FM ini mengaku, pengalamannya kali ini berbeza berbanding ziarah yang dilakukan pada tahun-tahun terdahulu.

Ketika ditanya mengenainya, yang terpacul daripada mulut hanyalah ucapan syukur ke hadrat Ilahi.

Sambil menghela nafas, Linda mengandaikan setiap manusia yang bergelar umat Islam pasti tidak akan menolak jika peluang untuk menjejak bumi Siratul Anbiya itu sudah berada di depan mata.

Umpama satu kerugian baginya jika tidak menerima ‘jemputan’ itu yang sering menjadi idaman setiap umat Islam.

~satu lagi berita gembira.. bertuah dia dapat tunaikan haji di usia muda ni kan...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...