Nak Souvenier best?

menghisap jari

sumber(info sihat)

Latar belakang

Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun

Bilakah tabiat menghisap ibu jari menjadi satu masalah?
Menghisap ibu jari akan menjadi satu masalah JIKA tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.

Apakah kesan menghisap ibu jari?
Tabiat menghisap ibu jari yang berterusan boleh menyebabkan :

Gigitan terbuka - gigi kacip di rahang atas dan bawah tidak rapat

Bagaimana tabiat ini boleh dihentikan?
Berikut ialah antara petua untuk membantu anak anda berhenti menghisap ibu jari.

  • Balut ibu jari.
  • Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
  • Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
  • Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
  • Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. contoh: alat permainan
  • Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
~ adakah anda mempunyai tips2 lain.. boleh kongsi

3 comments:

Aidi-Safuan said...

balut ibu jari? mak aih... tak kejam ke? :P

Lelord said...

hihihihi kalau isap soother camne lak

nur said...

aidi-kejam gak tp as alternative
lelord- boleh gunakan teknik ni gak.. modify

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...