Nak Souvenier best?

maya karin dipecat tv3?

~suka sebenarnya masa maya karin mengacara rancangan nona ni.. harap2 pengacara baru nanti menarik juga

KUALA LUMPUR: Pengacara rancangan Nona, Maya Karin akan digantikan bagi memberi nafas baru untuk program berbentuk majalah tersebut bagi musim terbaru.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima, Datuk Farid Ridzuan berkata, keputusan diambil setelah dijalankan kajian kumpulan fokus baru-baru ini.

"Sebelum membuat sesuatu keputusan kami akan berbincang melalui kumpulan fokus terlebih dahulu. Jadi keputusan telah diambil untuk menggantikan Maya dengan seorang pengacara barui rancangan itu.

"Lagi pula ketika kami mengambil Maya, dia mempunyai masa dan ruang. Tetapi kini komitmen dia semakin tinggi dan banyak tawaran lain," ujarnya pada sidang media Media Prima Screening 2011, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Farid memberitahu setiap penyampai diberi tempoh percubaan bagi mengendalikan sesebuah rancangan.

"Bukan kita tidak melakukan kumpulan fokus terlebih dahulu sebelum mengambil Maya, tapi kami membuat percubaan," katanya.

Farid berkata, perbincangan masih dilakukan bagi menentukan calon yang sesuai sebagai penyampai Nona musim 2011.

"Setakat ini ada beberapa nama yang tersenarai sebagai penyampai yang baru. Ia tidak semestinya seorang artis tetapi kami berfokus kepada wanita," ujarnya yang tidak menolak nama pelakon Vanida Imran yang turut tersenarai sebagai calon pengacara baru program tersebut

16 comments:

m i a said...

huwaa...xpenah miss tgk nona kalu kat umah...sape la host baru nnti ek..tq nur sharr ek

terokai seni said...

sesekali cuba bagi chef one plak mangacarakan si nona tu

Unknown said...

teringin nak tengok lisa surihani jadi host nona..
diapun pandai mengacara..
kan sebelum berlakon dia pengacara kat rtm kan..
mesti ramai je lelaki yang tengok nona kalau lisa yang jadi host.hehe

Husna Adilah said...

maknanya bukan pecat la ek tp contract terminate dgn kedua2 pihak menyetujui? @_@

azzey said...

nur: perubahan perlu utk yg lebih menarik lagi....may be....apapun hrp2 maya karin terus success seiring ngan NONA juga!

Unknown said...

nona..org laki leh layan x...x sesuai..hehehe..saja nak menyampuk kt cni!!!!
artis kita minum arak kah?
Artis Kita Minum Arak?

Ezna Khalili said...

wahhhh artis la pulak mengacara rancangan ni....

kemma said...

stakat ni sy just minat pngacara nina dlu..nur syuhadan nurjuma je..:)

nur said...

mia- kadang termiss juga.. tapi memang best kan nona

nur said...

cemomoi- cadangan yang bagus.. mesti gempak

nur said...

diana- tak pernah tahu lak yg lisa penah jadi host kat rtm

nur said...

puteri- a a .. saja wat tajuk gempak

nur said...

azzey- betul tu.. moga 22 sukses

nur said...

nasir- boleh je laki layan

nur said...

umi- yup.. maya karin

nur said...

kemma- normala samsudin tak minat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...