Nak Souvenier best?

gara- gara bermain bola 3

Cedera bahagian tulang belakang

Kecederaan bahagian ini berlaku apabila pemain jatuh terduduk menyebabkan hentakan kuat (hyperflexion).

“Ini menyebabkan disk pecah lalu menekan tulang menjadikan salah satu daripadanya patah. Bila ia menekan saraf, keadaan slip disk akan berlaku,” katanya.

Disebabkan saraf yang terdapat di bahagian tulang belakang ialah saraf ke bahagian kaki, pesakit akan berasa lenguh dan sakit di bahagian salah satu kaki.

Seandainya pecahan yang terjadi agak besar, lama-kelamaan ia menyebabkan simptom spinal stenosis.

“Ia menyebabkan tisu di bahagian tulang belakang menebal dan menekan saraf. Apabila ini berlaku, pesakit akan merasa sakit setiap kali berada dalam satu posisi untuk tempoh yang lama.

“Bila dia mengubah posisi baru akan berasa lega,” jelasnya. Pesakit yang mengalami masalah ini perlu menjalani pembedahan untuk memastikan saraf tidak terhimpit.

Sekiranya pecahan disk terlalu kecil, pesakit hanya perlu mengambil ubat tahan sakit dan menjalani rawatan fisioterapi

6 comments:

lady-D said...

adehhh..sakitnye...huhu

ieda Qema said...

kita pernah jatuh terduduk banyak kali. paling teruk masa pernah jatuh kat dalam bilik air.. mmg rasa sakit macam tu lah.. tapi x pernah cek...

DaiADellas said...

Saya la yg sakit slipped disk tu. ujung thn nie nk kena operate.. doakn kslamatn sy ya..

nur said...

d_la.. memang saket

nur said...

gp- alahai.. kesiannye..

nur said...

DaiADellas- ggodluck semoga selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...