Nak Souvenier best?

SITI: Bukan Siti Nurhaliza Tapi..

~Rupanya nama pemilik watak 'Munirah' dalam cerita Ustaz Amirul ni adalah Siti Saleha. Glamer pula dia semenjak dua menjak ni kan...

kosmo:

Tersenyum sedikit kelat oleh soalan yang tidak diundang, Siti cuba menjadi natural. Pada awal perkenalan kepada privasi yang kian terhakis, dia cuba menjadi sejujur mungkin.

"Memang dulu saya dan Syed Adney pernah rapat, saya dah lama mengenalinya tetapi sekarang kami kawan biasa sahaja.

"Lagipun saya sudah ada teman lelaki," satu pengakuan tulus terluah daripada bibirnya.

Jiwai watak isteri

Sekali lagi Siti membuat percaturan, kalau boleh biarlah kisah peribadi ditolak ke tepi sementara fokusnya mahu melebarkan nama di bidang lakonan.

"Tapi saya tidak mahu berbohong apabila ditanya tentang teman lelaki. Ya, saya sudah berteman tetapi tidak perlulah ia menjadi bahan publisiti.

"Lagipun dia bukanlah artis," beritahu Siti sedikit bayangan gerangan pemilik cintanya.

Menurutnya, si dia yang dimaksudkan itu juga anak kacukan sepertinya.

1 comments:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

Ingatkan Siti Nazirah cik nur nak kate, huhuhu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...