Nak Souvenier best?

Belon Panas !!!

Jika diteliti reka bentuknya, belon udara panas terdiri daripada sebuah belon atau karung beg yang digelar envelope serta berupaya menampung udara panas dalam jangka masa tertentu.

Tergantung di bawah envelope adalah sebuah gondola atau bakul diperbuat daripada rotan berfungsi sebagai pembawa penumpang serta sumber bahan api bagi menggerakkan belon udara panas.

Pada hari ini, kebanyakan envelope diperbuat daripada fabrik jenis nilon, manakala permukaan mulut belon (skirt) berhampiran penunu gas (burner) diperbuat daripada bahan tahan panas seperti Nomex.

Di Malaysia, pendedahan mengenai belon udara panas bermula sejak 16 tahun lalu melalui penganjuran sukan berkenaan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkembangan sukan udara jenis itu di negara ini, juruterbang belon berpengalaman, Nordin Hussain memberitahu, bahan pembakar yang sesuai digunakan bagi menggerakkannya adalah gas asli cecair (LPG).

“Disebabkan iklim yang agak panas di negara ini, kita cenderung menggunakan bahan pembakar LPG berbanding gas nitrogen yang digunakan secara meluas di negara luar terutama di Eropah.

“Namun, bagi memastikan prestasi penerbangan belon lebih berkuasa, kami menggunakan sebanyak 20 peratus gas nitrogen,” katanya ketika ditemui di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 baru-baru ini

~ Seronok aje bila nengok kawan-kawan yang berpeluang ke Festival Belon udara panas di Putrajaya baru-baru ini. Pembaca blog ALL IN ONE ni ada ke yang pergi sana haritu.. Nak share pengalaman ke?.. Silakan..

2 comments:

Atiey said...

tulah tgk belon cantik2 tapi tak berani nak naik...takut pecah kat atas..huhu..gayat..

amirah said...

tak pergi pun sebab depa kata sikit je pun yg ada..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...