Nak Souvenier best?

Earth Hour. Breakfast.

~Kawan-kawan nak bersarapan apa di pagi hari ni?.. Sarapan itu penting ya kawan-kawan..

Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.

Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. - Bernama

~Jangan lupa untuk menyokong Earth Hour nanti.

3 comments:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

emm..betul..sarapan paling penting sbb nak mulakan hari..selalunya org skip sarapan mudah jd gemuk berbanding org yg bersarapan..

Unknown said...

sarapan mmg penting... rasa tak keruan klu skip makan... tpi utk org yg kuat mkn mcm sya ni...semua waktu makan penting....hehehehe

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez b/fast dgn nasik lemak mamak. he3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...