Nak Souvenier best?

UPM bukan UUM.

KONTINJEN Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mempamerkan penguasaan pada karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2011.
Semalam, mereka membawa pulang dua pingat emas bagi acara badminton berpasukan yang berakhir di Pusat Sukan BSC, Serdang Raya.
Kedua-dua pingat itu dimenangi menerusi kategori lelaki dan wanita.
Dalam saingan bagi kategori lelaki, mereka menepis cabaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kemenangan 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi pemain perseorangan pertama, Cheah Leak Hou yang menewaskan pemain UiTM, Nik Ahmad Arsyad Nik Mazlan 21-14, 21-17.
UiTM kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kemenangan beregu pertamanya, Halif Asro Ramzi Sulaiman-Mohamed Akif Farhan Abdu Mahat yang menewaskan gandingan UPM, Muhammad Firdaus Ayob-Muhammad Asyraff Mat Sadan 21-15, 21-17.
UPM kembali mendahului dengan kemenangan pemain perseorangan kedua, Loo Yik Xiang yang menewaskan Mohd. Fairuz Mohammad Fauzi 21-14, 22-20.
Saingan bertambah sengit apabila kedudukan terikat 2-2 selepas pasangan beregu kedua UiTM Ahmad Nasa’I Mohd. Nor-Mohd. Zamrishal Mohd. Yusoff menewaskan Tung Jian Kai-Zamri Mohd. Jalil 21-17,17-21, 21-16.
Begitupun, Teh Sheng Lai menjadi penyelamat pasukan tuan rumah apabila dia menghadiahkan mata kemenangan kepada UPM selepas mencatat kemenangan ke atas Nur Akmal Mohamed Rumsani 21-16, 21-18.
Dalam kategori wanita, UPM turut diberi tentangan sengit oleh UM sebelum menang tipis 3-2.
Mata pertama UPM diperoleh menerusi kemenangan pemian perseorangan pertamanya, Yeow Mie Xi yang mudah menewaskan Nadia Mohd. Saruan 21-5, 21-5.
Meneruskan kehebatan Mie Xi ialah Stephanie Shalini yang menewaksan Daphne Ng Chiew Yen 21-11, 21-8.
Mata kemenangan UPM diperoleh menerusi Tiffany Chase-Currier yang menewaskan Nik Noor Nabilah Ibrahim 21-10, 21-11.
Menurut Tiffany, dia hanya memikirkan untuk mencatat kemenangan kerana mata berharga itu terletak di tangannya ketika kedudukan 2-2.
Gangsa acara badminton berpasukan lelaki menjadi milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UiTM membawa pulang gangsa kategori wanita.

1 comments:

kay_are said...

sejak habis blaja ni.. dah tak amek tau dah pasal masum.. ape pun.. tahniah pade u yang dah berjaye..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...