Nak Souvenier best?

Siapa TEOH BENG HOCK?

BARU BARU INI DISAHKAN BAHAWA KEMATIAN BELIAU ADALAH ATAS SEBAB BUNUH DIRI. noktah. keputusan dah diputuskan..

Untuk rujukan.. siapa TEOH BENG HOCK ini.. berdasarkan wikipedia- sebagai rujukan di masa hadapan. \
------->

Teoh Beng Hock (Cina Ringkas: 赵明福; Cina Tradisional: 趙明福; pinyin: Zhào Míngfú) (1979–16 Julai 2009) merupakan seorang pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wan. Teo merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Beliau pernah menjadi wartawan bagi surat khabar berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh. Teo dilahirkan di Alor Gajah, Melaka dan akan berkahwin dengan tunangnya, Soh Sher Wei pada 17 Julai 2009.
Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam,Shah Alam,Selangor dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Mayat Teo, 30-an ditemui dalam keadaan terlungkup . [2]SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan.
Teng Chang Khim selaku Speaker DUN Selangor mahu SPRM bertanggungjawab kerana Teo mati semasa masih disiasat. Sebelum ini beberapa kes tahanan mati semasa dalam siasatan polis.[3]
Bedah siasat dilakukan oleh pakar patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr N. Prashant dan seorang lagi pakar patologi dari HTAR. Selepas bedah siasat, mayatnya dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Alor Gajah, Melaka dan dijangka dikebumikan di Taman Peringatan Semenyih.[4]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...