Nak Souvenier best?

SIMBAH ASID.

MANGSA SIMBAHAN ASID:


KUALA LUMPUR - Tiada kata mampu diucapkan oleh seorang jurujual minyak wangi yang menjadi mangsa simbahan asid pada hari kelapan Ramadan lalu selain bersyukur kerana mata kanannya berjaya diselamatkan.
Bagi Mohd. Raffie Abdul Latiff, 28, kejayaan sekumpulan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pembedahan ke atas mata kanannya sehingga kembali pulih amat tidak diduga sama sekali.
Pembedahan tersebut diketuai oleh Ketua Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif HKL, Dr. Normala Basiron yang sebelum ini turut merawat mangsa renjatan elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22.
Malah lebih menggembirakan jurujual minyak wangi itu apabila kulit badannya yang melecur akibat terkena asid juga semakin pulih.
"Sejak tragedi itu, saya sudah pasrah mata kanan saya akan buta tetapi tak sangka pula ia boleh pulih. Jadi kedua-dua mata boleh melihat kembali.
"Terima kasih banyak-banyak kepada semua tenaga pekerja HKL terutamanya di Unit Rawatan Kebakaran kerana menjaga saya selama ini," katanya

3 comments:

CIK PARO! said...

Terima kasih kepada Allah juga..

♥ Nana BamBam ♥ said...

syukurlaaaa kerna dapat diselamatkan....Alhamdulillah...

KaK LimAh Si SupiR said...

alhamdulillah..mata dye ok..dye p0n maken pulih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...