Nak Souvenier best?

Shearn Delamore & Co dan Peguam Wanita.

~HARUM LAGI NAMA MALAYSIA KAN..


Kata universiti itu antara bekas pelajarnya yang mencipta nama di peringkat antarabangsa ialah Karen Abraham, seorang peguam harta intelek terkemuka dengan syarikat guaman Shearn Delamore & Co di Kuala Lumpur.
    
Majalah alumni university itu "Lumen" berkata perkataan "sosial" dan "kreatif" mungkin sukar terlints di ingatan apabila seseorang bercakap tentang undang-undang korporat - tetapi cuba luangkan masa anda selama lebih kurang lima minit dengan Karen, anda akan dapati perbualan beliau akan sarat dengan perkara berkaitan idea, manusia dan budaya.
    
Peguam ini berkata ia merupakan pendekatan terhadap kehidupan yang mula beliau amalkan ketika menuntut di University of Adelaide.
   
"Tempoh menuntut ilmu di Adelaide membawa perubahan dalam diri saya. Ia memperkenalkan saya kepada cara hidup orang Australia, yang secara umumnya mementingkan keseimbangan dan saya rasa perkara ini memberi kesan besar terhadap pelajar Asia," katanya kepada Lumen.
  
Karen, yang memperoleh Ijazah Undang-undang (Kepujian) pada 1988, mencatat pelbagai "pertama" pada namanya, termasuk wanita Malaysia pertama yang dilantik menjadi anggota Lembaga Pengarah Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa (INTA) yang beribu pejabat di New York, dan rakyat Malaysia pertama yang menganggotai Bureau of the Association Internationale pour la Protection de la Propriété Intellectuelle (AIPPI) berpejabat di Zurich.
    
Karen adalah ketua Jabatan Harta Intelek dan Teknologi Maklumat, Shearn Delamore & Co, antara firma guaman tertua dan terbesar di Malaysia.

1 comments:

amirah said...

perghhh...bila la nak jadi mcm dia ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...